Definisi Bimbingan Dan Kaunseling
Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab atas diri sendiri. Sifat ‘lepas tangan’ tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggugjawab keatas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak akan menyalahkan orang lain.
Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah terlebih dahulu. Ada kalanya orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di sini ialah klien belajar menyesuaikan diri degan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan dan konflik.
Ada kalanya, tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan ‘siapa’ klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor akan mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ia boleh merupakan perubahan yang kecil. Faktor yang lebih penting ialah klien apat menguruskan dan mengawal perubahan yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan.
Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya seandainya dia ingin hasil yang memuaskan. Klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.
Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya tersendiri. Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya mengakibatkan situasi helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalaman akan berasa bahawa dia boleh mengawal perjalanan hiupnya (setakat yang termampu olehnya).
Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah perkara yang menyeronokkan atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga akan diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran untuk membuat keputusan yang baik.
Memang benar tidak semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana konflik (sama ada kecil atau besar) yang berlaku pada masa dahulu perlu dilihat kembali, diatasi atau dihadapi. Tugas kaunselor di sini adalah untuk membimbing klien melalui proses ini.
1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
6. Kaunselor memahami kliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.
Definisi Bimbingan
Bimbingan ialah satu proses membantu individu untuk membuat
keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya, seperti
memilih gaya hidup yang diingini. Ini berbeza dengan kaunseling kerana
bimbingan lebih kepada membantu individu memilih apa yang mereka sukai dan
hargai. Sementara itu, kaunseling perlu focus kepada mambantu klien untuk
berubah. Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah
dan pusat kerjaya di aman seorang yang lebih dewasa dan matang.
Definisi Kaunseling
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang
berlaku di antara dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan kaunselor.
Situasi ini berlaku dalam keadaan yang formal dan professional serta di mulakan
dan di kekalkan dengan pertolongan perubahan tingkah laku. Dalam kedaan ini
kaunselor adalah individu yang mempunyai pengetahuan yang amat luas dan
berkebolehan sehinggalah boleh
membuatkan seorang itu melakukan
keputusan yang tepat.
Terdapat dua jenis kaunsleing iaitu kaunseling individu dan
kaunseling kelompok. Kaunseling individu dikenali sebagai perhubungan yang
bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang
kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seprti penerimaan
klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap
keperluan-keperluan dan perasaan klien. Selain itu, kaunseling kelompok ialah
perhubungan kanuselor dengan beberapa orang ahli .
Kaunseling kelompok ini juga adalah suatu proses perhubungan
individu yang berasaskan akal fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai
terapinya terletak pada suasana peransaan saling percaya dan mempercayai,
penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran.
Kauseling kelompok akan berlaku di dalam kumpulan kecil yang halinya secara
sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli yang lain. Mereka
juga ingin pendapat daripada ahli yang lainnya. Sekiranya kaunseling kelompok
ini berlaku maka ahli tidak akan berasa malu kerana semua ahlinya mempunyai
masalah yang berlainan ataupun boleh juga menghadapi masalah yang sama.
Ramai juga ahli psikologi berpendapat kaunseling menekankan
kepada perancangan yang lebih rasional, menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi
tekanan yang dihadapi oleh seseorang yang normal di dalam kehidupan seharian.
Kaunseling adalah proses yang singkat berbanding psikoterapi.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu
memahami diri dan situasinya. Proses ini
akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup
individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa
depannya. Kaunseling juga ialah proses
pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang
mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien
menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya
yang sebenar serta apa kelebihan dan kekurangannya apa yang boleh dilakukan
dengan mudah apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang
tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien
diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan
atau masalah baginya. Penerokaan ini
akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan
yang ada padanya. Proses ini diharap
akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti
bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang
saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri,
antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan
berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah
manusia serta teori-teori pembelajaran.
Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan
yang kurang saintifik dan kurang objektif.
Ini berdasarkan kepada kepercayaan Bahawa setiap individu dapat menentukan
matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan
manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di
antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada
datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan
pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien
membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik
buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Matlamat Kaunseling
Membantu Klien Bertanggungjawab ke atas Dirinya
Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab atas diri sendiri. Sifat ‘lepas tangan’ tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggugjawab keatas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak akan menyalahkan orang lain.
Memperbaiki Imej Diri yang Negatif
Imej diri
yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau
membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan
penggunaan potensi dirinya. Kaunselor akan membimbing klien membentuk imej yang
positif. Antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan
mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej diri yang positif menandakan
kestabilan personaliti.
Mengajar Klien Menyesuaikan Diri dengan Keadaan
Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah terlebih dahulu. Ada kalanya orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di sini ialah klien belajar menyesuaikan diri degan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan dan konflik.
Mempermudahkan atau Menggerakkan Perubahan Tingkah Laku
Ada kalanya, tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan ‘siapa’ klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor akan mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ia boleh merupakan perubahan yang kecil. Faktor yang lebih penting ialah klien apat menguruskan dan mengawal perubahan yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan.
Membantu Klien Menjadi Lebih Produktif
Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya seandainya dia ingin hasil yang memuaskan. Klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.
Membimbing Klien Mencari dan Memupuk Sumber Dalaman
Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya tersendiri. Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya mengakibatkan situasi helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalaman akan berasa bahawa dia boleh mengawal perjalanan hiupnya (setakat yang termampu olehnya).
Mempertingkatkan Kemampuan Klien Membuat Keputusan
Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah perkara yang menyeronokkan atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga akan diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran untuk membuat keputusan yang baik.
Membantu Klien Mengurus Masalah yang ‘Belum Selesai’
dalam Hidupnya
Memang benar tidak semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana konflik (sama ada kecil atau besar) yang berlaku pada masa dahulu perlu dilihat kembali, diatasi atau dihadapi. Tugas kaunselor di sini adalah untuk membimbing klien melalui proses ini.
PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang
kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan
kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling
adalah seperti berikut:
1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.
Klien ingin
mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah
lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
6. Kaunselor memahami kliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.
KOD ETIKA
DALAM KAUNSELING
Etika dalam
bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang
dibina dalam sesuatu sesi. Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai
etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling.
Menurut Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 ( dalam
Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh ,
Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), penghuraian tentang
Kod Etika Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu :
1.
Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang
berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan
profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data
berdasarkan kebolehan kereka, juga dibimbing untuk mencari data.
2. Setiap
kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang
dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang
kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi,
aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi.
Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa
yang dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan.
3. Tingkah
laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil
tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari
maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan
sebagainya.
4. Kaunselor
tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan orang
lain.
5. Kaunselor
juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada
orang lain. Tetapi, bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang
salah yang dibuat oleh orang lain.
6. Bagi
menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor mesti mengambil tahu
bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada kemampuannya.
7. Apabila
kaunselor mendapat maklumat untuk awam,
dia mesti memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak
berat sebelah, objektif dan data yang nyata.
8. Kaunselor
mesti tahu perbezaan antara tawaran perkhidmatan kaunseling dengan perkhidmatan
penerangan awam. Perkhidmatan kaunseling mungkin hanya melibatkan satu dengan
satu. Perkhidmatan penerangan disebarkan oleh media massa.
9.
Berhubung dengan pekerjaan profesion,
kaunselor mesti menerima kedudukan yang sebenar supaya perkhidmatannya dapat
diteruskan.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING
1.3.1 KAUNSELING PENCEGAHAN
Khidmat
pencegahan bermaksud perkhidmatan memberi maklumat mengenai elemen yang
membahayakan diri dan masyarakat secara individu dan kelompok. Sebagai contoh,
isu bencana alam iaitu tsunami ataupun gempa bumi menjadi buah mulut orang
ramai di seluruh dunia. Namun, terdapat juga beberapa orang sengaja mengatakan
sesuatu mengenai bencana alam tersebut tanpa mengkaji secara terperinci. Tugas
unit kaunseling adalah merumuskan apa yang benar tentangnya dan menyampaikan
kepada murid di sekolah rendah.
1.3.2 KAUNSELING PERKEMBANGAN
Perkhidmatan
seterusnya ialah guru kaunseling perlu mengadakan hubungan dengan penjaga
mengenai kemajuan pelajar. Guru kaunseling bolehlah mengaturkan program
perjumpaan dengan para ibu bapa untuk berbincang tentang kemajuan dan kebolehan
murid dalam aktiviti sekolah. Dengan ini, ibu bapa dapat memahami rupa asal
anak dalam sekolah. Terdapat beberapa murid yang tidak menonjolkan watak
sebenarnya kepada kedua dua ibu bapa. Mereka sering berpura pura terhadap ibu
bapa kerana takut akan dimarahi oleh kedua ibu bapanya. Jadi, ibu bapa bolehlah
menggunakan kesempatan ini untuk mengetahui tentang pendirian anak mereka
dengan lebih terperinci.
Selain itu,
guru kaunseling juga berperanan untuk mendapat kerjasama ibu bapa dengan
program pembangunan diri pelajar. Ini disebabkan program pembangunan diri
pelajar perlu dilaksanakan dengan kebenaran ibu bapa. Jadi, guru kaunseling
harus bertungkus lumus untuk mendapatkan kebenaran dan kerjasamanya.
1.3.3 KAUNSELING KRISIS
Kaunseling krisis digunakan bagi kes yang
memerlukan perhatian atau tindakan segera guru bimbingan dan kaunseling.
Contohnya, kes hysteria, pergaduhan dalam kelas atau sekolah; percubaan membunuh
diri;penggunaan dadah; kejadian trauma seperti banjir,gempa bumi, kebakaran,
kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan,kematian; kes cemas seperti
penceraian ibubapa dan sebagainya.
1.3.4 KAUNSELING PEMULIHAN
Kaunseling pemulihan dijalankan ke atas
kanak-kanak yang berisiko seperti ponteng sekolah, merokok, vandalisem, melawan
guru dan masalah disiplin yang lain. Mereka dikumpulkan untuk menjalani
kaunseling individu atau kelompok bertujuan mengubah perlakuan masing-masing
dan mengelakkan berlakunya krisis.
Proses
kaunseling individu
Proses
membina hubungan
Proses yang
pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga sebagai membina
rapo. Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh
dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar
berpura-pura. Oleh itu reaksi lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah
memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan rasa percaya klien kepada
kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri
klien.
Oleh itu
pada tahap ini tanggungjawab seorang kaunselor pada tahap ini perlulah
mewujudkan suasana yang teraputik supaya klien terasa dirinya diterima dan
dihormati bagi menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien. Bukan itu
sahaja, kaunselor juga perlulah memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk
yang terdapat dalam diri klien, keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa
syarat. Hal ini perlu, bagi menimbulkan kepercayaan kepada diri klien agar
klien dapat membuat pendedahan tentang masalah yang berlaku terhadap dirinya.
Di samping
itu juga, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan untuk memperjelaskan
lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan, tanggungjawab
kaunselor dan klien, pemfokusan dan limitasi-limitasi tertentu yang terdapat
dalam kaunseling. Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan
ialah membina hubungan dan penstrukturan. Sewaktu membuat pengstukturan
kaunselor perlulah menjelaskan tujuan kaunseling ini dijalankan agar klien
dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi olehnya.
Menilai
situasi dan masalah klien adalah satu proses berterusan . kadang-kadang
kaunselor mungkin mahu mengedarkan borang ringkas atau inventori untuk
mendapatkan data asas bila kaunselor memulakan
kaunseling supaya kemajuannya dapat diukur . Terdapat dua jenis penilaian :formal dan tidak formal.
Penilaian
formal mengandungi pengukuran standard yang memerlukan respon pelajar .
Instrumen seperti ini menyediakan norma sebagai bandingan dan membolehkan
kaunselor dan klien dapat mendapat idea bagaimana seseorang berbanding dengan
orang lain. Instrumen ini boleh berfokus kepada kecerdasan otak ,sikap,nilai
,pencapaian ,minat,kebimbingan ,kemahiran dan kebolehan .
Penilaian
formal biasanya mengambil masa yang lebih lama daripada penilaian tidak formal.
Data dikumpulkan melalui proses pentadbiran yang disediakan dan klien kerap merasakan mereka menduduki
ujian walaupun hanya inventori minat dan kerjaya.
Ujian dan
inventori formal bersifat tidak peribadi dan memerlukan kaunselor yang mahir
menginterpretasinya untuk mengurangkan rasa syak wasangka ,terancam dan jarak
peribadi yang dihasilkan oleh kebanyakkan instrumennya. Klien telah dibiasakan
tentang keadaan ujian dan bagaimana ujian ini digunakan.
Penilaian
tidak formal bergantung kepada pemerhatian sendiri ,senarai semak yang mudah
atau gerak hati kaunselor . Walaupun penilaian formal seperti ujian piawaian
yang boleh memberi maklumat daripada penilaian tidak formal. Kritikan paling
besar terhadap penilaian tidak formal ialah penilaian ini kurang
kebolehankepercayaan dan keesahannya. Walaupun begitu ,kaunselor yang
berpengalaman telah membina satu set norma yang peribadi dan tersendiri untuk
membolehkan mereka menggunakan penilaian tidak formal dengan penuh kenyakinan .
Sesetengah kaunselor telah membina norma sekolah mereka sendiri
Oleh itu,
semasa membina hubungan dengan klien terdapat beberapa kemahiran yang digunakan bagi membantu klien menghadapi
pemasalahannya dan membantu klien kearah penyelesaian yang klien inginkan.
Sebagai contoh ayat membina hubungan yang
digunakan semasa melaksanakan sesi dengan klien adalah seperti berikut:
I. Kaunselor : Apa khabar saudari hari
ini?
Klien :
Baik...
II. Kaunselor : Ohw... . terima kasih
kerana sudi datang untuk sesi kaunseling ini. Boleh saya tahu nama saudari?
Klien : Nama
saya nur ain. Saya berasal dari pahang.
Penstrukturan
Penstrukturan
dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang
dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan limitasi. Tahap
penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan
menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi
menyediakan ke arah yang sedang dituju.
a) Tujuan
kaunseling
Seorang
kaunselor perlulah menjelaskan tentang tujuan kaunseling yang dijalan agar
dapat membina hubungan dengan klien dan klien dapat menerima bantuan dalam
mengendalikan persoalan yang dihadapi oleh klien. Perkara ini perlu bagi
memudahkan kauselor membantu klien dalam membina kemahiran dan penyelesaian
masalah. Selain itu juga tujuan kaunseling ini perlu dijelaskan kepada klien
adalah untuk memberikan penerangan kepada klien bahawa kaunseling adalah
situasi pembelajaran yang boleh memperkembangkan langkah yang lebih efektif
dalam menguasai beberapa situasi masalah yang dihadapi. Sebagai contoh ayat
pengstrukturan penjelasan tentang kaunseling yang telah di gunakan dalam sesi
kaunseling individu adalah seperti berikut:
I. Kaunselor : Disini ,saya akan
menerangkan apa itu kaunseling? Kaunseling ialah satu proses perhubungan
bersemuka antara individu yang didatangi masalah dengan seorang profesional
terlatih ,berpengalaman serta berkelayakan memberi pertoongan dalam
menyelesaikan masalah.
Klien: ya
b) peranan kaunselor dan klien
Dalam sesi
kaunseling ,kita perlu menerangkan kepada klien peranan kaunselor dan peranan klien supaya klien dpat memahami
serba sedikit tentang perjalanan sesi kaunseling yang mereka hadiri. Peranan
ini juga diterangkan supaya klien lebih bertanggungjawab terhadap apa yang
diperkatakannya. Contoh ayatnya ialah:
Kaunselor : peranan saya ialah
mendengar apa yang ain ingin katakan ,dan eranan ain sebagai klien adalah
menceritakan kepada saya dalam masa perjalanan sesi ini yang telah kita
tetapkan ,saya juga berharap ain ceritakan adalah cerita yang benar supaya
matlamat sesi ini akan berjaya.
klien :ok
d) etika kerahsiaan dalam
kaunseling
dalam sesi ini,kaunselor perlu menerangkan
etika kerahsiaan kepada klien supaya dapat menarik kepercayaan klien dank lien
dapat menceritakan segala apa yang ada dalam hatinya tanpa berselindung .
kaunselor : ain tidak perlu risau bahawa apa yang ain
sampaikan kepada saya akan diketahui oleh orang lain kerana apa yang
diceritakan akan menjadi rahsia antara saya dan ain sahaja. Jadi jangan risau
bahawa apa yang ain sampaikan kepada saya ,akan saya rahsiakan kecuali ia boleh
memudaratkan diri ain dan orang lain.
Klien: baiklah
e) matlamat
sesi kaunseling yang telah dijalankan
matlamat
sesi kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan kepada masalah klien sama
ada ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak dapat ditanggung
seorang diri atau menyediakan perubahan tingkah laku.
Kaunselor :baik ain,matlamat
sesi kita kali ini adalah untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang ain
hadapi dan segala tindakan atau keputusan yang diambil adalah ditentukan oleh
ain sendiri dan ain perlu bertanggungjawab pada keputusan itu dan saya di sini
hanya lah sebagai pembimbing.
Klien:
baiklah cik. Saya faham.
c) Limitasi.
Limitasi
adalah had-had masa yang telah ditetapkan daripada 30 hingga 45 minit. Tetapi
sekiranya masalah klien tidak dapat diselesaikan maka kaunselor boleh
mengadakan sesi kaunseling pada hari lain mengikut persetujuan antara kedua-dua
pihak. Contoh ayat sesi ini ialah :
I. Kaunselor : Sebenarnya sesi kita
ini telah berjalan selama 30 minit hingga 45 minit dan sekiranya masalah ain
ini kita tidak dapat selesaikan pada hari ini,kita akan mengadakan sesi pada
hari lain yang akan kita tetapkan bersama.
Klien :
Baiklah
Proses penerokaan
Proses
penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien
kepada kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu
dirinya dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi. Bukan itu sahaja
melalui penerokaan ini juga, klien akan membuat penerangan atau pendedahan
tentang situasi yang dihadapi olehnya.
Selain itu
juga, melalui penerokaan yang dijalankan, klien dapat mengetahui apa yang
berlaku terhadap dirinya dan kebiasaannya situasi klien pada waktu ini adalah
lebih terpengaruh oleh emosi negatif iaitu yang bermaksud pandangan dan fikiran
yang sempit yang menjadikan seseorang itu keliru dan buntu dalam mencari jalan
penyelesaian yang diinginkan olehnya.
Sehubungan
dengan itu tugas atau tanggungjawab kaunselor dalam membantu klien ialah
membimbing klien meneroka situasi dirinya kearah jalan penyelesaian yang
diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan sokongan serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu
verbal dan nonverbal. Menurut Charhuff dan Anthony (1979) telah menyatakan
bahawa tahap penerokaan adalah dilakukan bagi membantu individu melihat
dimanakah mereka berada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap penerokaan
merupakan tahap yang penting untuk membantu diri klien bagi menghadapi sesuatu
masalah serta memahami masalah tersebut dengan lebih mendalam supaya dapat
membantu klien kearah perkembangan yang klien inginkan. Bagi membuat penerokaan
yang berkesan,kaunselor perlu memastikan dirinya menguasai kemahiran penerokaan
dengan mengaplikasikan segala kemahiran dan pendekatan yang bersesuaian . Penggunaan
kemahiran dan juga teknik adalah berbeza bagi setiap klien. Antar kaedah yang
boleh digunakan bagi menerokai masalah ialah kemahiran menyoal. Dalam peringkat
ini,soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan
yang khusus ,manakala soalan tertutup hanya digunakan pada situasi sesuai
tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. Contoh kemahiran menyoal ialah:
Kaunselor : apakah yang ain rasakan dalam
situasi sekarang?
Sebagai contoh ayat penerokaan yang dilakukan dalam proses kaunseling ini adalah
seperti berikut:
I. Kaunselor : kalau begitu ,adakah ain
sudah bersedia bagi memulakan sesi ini?(soalan tertutup)
Klien: ya
,saya sudah bersedia
II. Kaunselor : emmm...dari segi gaya dan
raut wajah ain,saya dapat rasakan yang ain ada sesuatu yang dipendamkan. Apakah
yang mengganggu fikiran ain sebenarnya?
Klien: sebenarnya,baru-baru ini saya tidak dapat
menumpukan perhatian dan tumpuan kepada pelajaran saya kerana pada cuti yang
lalu saya pulang ke kampung tiba-tiba ibu mengatakan dia hendak menetapkan
jodoh saya dengan sepupu saya yang baru pulang dari nigeria tanpa memberitahu
saya terlebih dahulu.
Mengenal pasti masalah
Mengenal
pasti masalah ialah tahap penerokaan yang telah mendorong klien dan kaunselor
memahami isu yang dibincangkan.kaunselor perlu meneroka masalah klien
sepenuhnya. Kaunselor perlu mengenal pasti masalah pokok dan masalah ranting
daripada pernyataan klien bagi memudahkan kaunselor membantu klien
menyelesaikan masalah itu. Dalam mengenal pasti masalah klien,kaunselor perlu
memberi perhatian yang sepenuhnya kepada penceritaan klien supaya dapat
menentukan masalah utama klien. Selain itu,kaunselor perlu membantu klien
menentukan matlamat yang ingin dicapainya dalam mengatasi masalah masalah
tersebut. Matlamat yang ditetapkan perlu mengikut kemampuan dan sukarelawan
oleh klien daripda matlamat itu. Sehubungan dengan itu terdapat empat faktor
dalam membantu individu mengenalpasti dan menangani masalah mereka. Pertama
adalah nasihat, kedua adalah kaunseling arahan, ketiga delegasi dan yang
terakhir ialah kaunseling bukan arahan. Tahap mengenal pasti masalah ini amat
penting kerana melalui tahap inilah kauselor dapat mengetahui masalah yang
betul-betul menganggu diri kliennya. Sebagai contoh ayat mengenal pasti masalah
adalah seperti berikut?.
I. Kaunselor : Sepanjang kita
berbincang tentang diri ain, Pertama tadi ain ada mengatakan yang ain ada
masalah dengan pelajaran ain dan yang kedua pula ain telah mengatakan yang ain
mempunyai masalah dengan ibu ain. Antara dua masalah ini yang mana betul-betul
menganggu diri Ifa?
Klien :
masalah dengan ibu yang betul-betul menganggu diri saya buat masa sekarang ini.
Membina
matlamat
Matlamat
sesi terbina apabila klien dan kaunselor bersetuju membuat definisi masalah
klien dengan diakui oleh klien, atau klien sendiri yang membuat pengakuan
terhadap matlamat yang diinginkannya sepanjang sesi ini berlansung. Oleh itu
kaunselor perlu membuat pengucapan tentang definisi masalah klien dengan diakui
oleh klien ataupun klien sendiri yang membuat pengakuan tersebut. Setelah
masalah dikenalpasti kaunselor dan klien perlulah bersama-sama membina matlamat
kaunseling yang telah diinginkan oleh klien. Matlamat kaunseling yang terbina
perlulah dibina berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti oleh klien.
Lazimnya ,matlamat kaunseling perlu mengikut kamahuan klien dan bukan kehendak
kaunselor semata-mata. Sebagai contoh ayat yang
telah digunakan dalam proses membina matlamat ini adalah seperti
berikut:
I. Kaunselor : ain rasa ain tahu apa yang ain hendak lakukan
Klien : Ya.
Kaunselor :
Jadi disini... apa yang sebenarnya ain mahukan sebenarnya?.
Klien :
Kalau boleh saya hendak ibu tahu yang saya kecewa dengan keputusan yang telah
dibuat kerana tidak memberitahu saya terlebih dahulu.
Kaunselor :
Ohw... ini yang ain inginkan ya.
Klien : Ya..
kalau boleh saya hendak ibu tahu yang saya juga ada perasaan saya sendiri,ibu
perlu memberitahu dan bertanyakan pendapat saya
sebelum membuat keputusan yang begitu drastik dalam hidup saya.
Proses semak
alternatif
Proses semak
alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi daripada
klien. Di sini tugas kaunselor adalah menggalakkan klien membina beberapa
alternatif. Kaunselor perlulah mendorong klien membuat perancangan
langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien mengatasi masalah
yang dihadapi olehnya. Sehubungan dengan itu kaunselor perlulah menggariskan
seberapa banyak alternatif yang telah diperolehi daripada klien.
Selepas
klien mencadangkan alternatif yang dia mampu untuk lakukan, kaunselor perlulah
menghuraikan dan menilai setiap alternatif dengan mengambil kira kesan positif
dan kesan negatif, kebaikan dan keburukan daripada pelaksanaan alternatif yang
ingin dilakukan. Selepas itu jika klien merasakan pemilihan yang dibuatnya
adalah terbaik, nilai semula alternatif yang telah dipilih oleh klien tersebut
dan jika alternatif ini klien rasa boleh membantu klien menyelesaikan masalah
klien akan menggunakan alternatif ini bagi menyelesaikan masalah yang telah
dihadapinya selama ini.
Sehubungan
dengan itu, bagi menyemak alternatif yang dibuat. Strategi yang terperinci
perlulah dilakukan agar jalan penyelesaian yang dipilih oleh klien betul-betul
dapat membantu dirinya. Strategi pertama yang boleh dilakukan bagi membantu
klien ialah dengan menghuraikan setiap alternatif yang telah dibuat oleh klien.
Selepas itu, setiap alternatif yang diambil perlulah diwujudkan langkah bagi
mencapai alternatif tersebut. Apabila langkah telah diwujudkan, setiap langkah
itu perlulah dinilai daripada aspek halangan dan risiko yang bakal klien hadapi.
Strategi terakhir sekali ialah kaunselor perlulah membantu klien mewujudkan
cara bagi mengatasi halangan dan risiko daripada langkah yang ingin dilakukan
oleh klien. Sebagai contoh ayat yang telah digunakan dalam proses menyemak
alternatif klien adalah seperti berikut:
I. Kaunselor : kalau
begitu,apakah agaknya yang ain rasa,tindakan yang boleh ain lakukan?
Klien : saya
rasakan,saya hendak berterus terang secara baik dengan ibu saya ,bahawa saya mahu jodoh plihan saya sendiri.
Lagipun saya tahu ibu memang sayangkan saya sebab selama ini pun saya tidak
pernah ingkar perintahnya.
II. Kaunselor :
ya...emmmm...(sambil menggangguk sedikit).
Klien :
betul juga kan?.
III. Kaunselor : ya,(sambil
mengangguk). Selain itu,apa lagi cara lain yang ain rasa ibu ain akan dapat
terima keputusan ain itu?
Klien : kali
ini saya rasa,saya memang nekad. Saya hendak bawa teman lelaki saya itu datang
berjumpa ibu dan mengambil hati ibu serta beramah mesra dengan ibu. Dan saya
akan berkata kepada ibu yang saya mahu beri tumpuan kepada pelajaran saya
dahulu. Lepas belajar baru saya fikirkan hal tersebut. Selain itu juga,saya
hendak buktikan kepada ibu,yang saya pasti berjaya dengan cemerlang tanpa ada
ikatan pertunangan.
Proses mengambil tindakan.
Proses
mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien
dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan oleh klien. Oleh itu, sesuatu pelan tindakan yang dipilih itu
mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien
mengambil tindakan. Sekiranya masih terdapat kegagalan selepas klien membuat
tindakan, klien perlulah menyemak semula pelan tindakannya tersebut bagi
membina pelan tindakan yang lebih menarik dan lebih realistik untuk dicapai
olehnya.
Oleh itu, bagi membentuk pelan tindakan
yang berjaya, pelan tindakan tersebut perlulah mencapai limitasi klien dan
keupayaan, realistik dan boleh dicapai. Bukan itu sahaja pelan tindakan
tersebut perlulah mudah difahami dan “fleksible” bagi menghasilkan tindakan
yang positif dan boleh dilakukan sendiri oleh klien. Di samping spesifik dan
konkrit, aspek melibatkan aktiviti-aktiviti pemusatan insan dan boleh
diulang-diulang adalah merupakan langkah sebelum klien membuat keputusan bagi
menilai samaada realistik, boleh dicapai atau refleksi terhadap apa yag klien
inginkan. Selepas pelan telah dilaksanakan ke atas dunia realiti, penilaian
perlulah dilakukan sekali lagi supaya tiada sebarang masalah yang timbul hasil
daripada pengaplikasian tersebut. Perkara yang terakhir sekali ialah bagi
memperkembangkan pelan tindakan pelbagai kos dan faedah perlulah dibincangkan
agar strategi telah termasuk perbincangan terhadap risiko dan peluang untuk
berjaya.
Sehubungan
dengan itu apabila klien sudah bertekad untuk melakukan pelan tindakan, klien
adalah digalakkan untuk melihat nilai bagi tingkah laku baru yang ingin dicuba
melalui “role play, imagery, behavioural carting, and progres notes, serta
homework” perlulah dilakukan dengan membuat kontrak. Dengan cara ini, klien
sentiasa melihat pencanggahan apa yang dia ingin dan apa yang dia mahu lakukan.
Kontrak yang dibuat ini berguna sebagai rangka rujukan klien untuk menilai
hasil sesi. Sehubungan dengan itu, perbincangan yang dilakukan adalah lebih
berfokus bagi melihat adakah kontrak dapat membantu dan apakah moditifikasi
yang dapat dijalankan. Sebagai contoh ayat yang saya telah gunakan dalam proses
mengambil tindakan adalah seperti berikut:
Proses penamatan.
Setelah
mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil
kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlansung antara kaunselor dengan
klien. Namun begitu, tindakan ini janganlah dibuat secara mengejut, kaunselor
perlulah memberikan peluang untuk klien lebih bersedia dalam menghadapi dugaan
dan cabaran dalam hidup. Sehubungan dengan itu, sebelum sesebuah penamatan itu
berlansung, matlamat kaunseling perlulah dicapai oleh klien dan klien selesa
dengannya. Oleh itu rumusan menyeluruh tentang proses kaunseling perlulah
dibuat oleh kaunselor agar klien labih nampak dan jelas tentang apa isu yang
telah dibincangkan dalam sesi.
Fungsi penamatan sebenarnya adalah untuk
menunjukkan sesuatu yang ingin ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu
pengalaman pembelajaran yang baik peribadi dan professional serta saya rasa
penamatan telah memantapkan perubahan sedia ada yang telah dicapai dan
menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah yang telah diperolehi. Bagi masa
penamatan pula, sesuatu penamatan yang dibuat adalah tidak mempunyai jawapan
yang jelas, oleh itu penamatan perlulah dilakukan mengikut kesesuaian diri
klien tersebut samaada sudah mampu untuk berhadapan dengan diri sendiri atau
tidak. Proses penamatan sesi boleh dibahagikan kepada dua ,iaitu:
1) Penamatan sesi untuk sesi lanjutan
Setiap sesi
kaunseling pada kebiasaannya mengambil masa 45 hingga 60 minit seorang kaunselor sentiasa menggalakkan klien
bercerita masalah dalam lingkungan masa yang ditetapkan . lebih kurang 5 minit
sebelum sesi ditamatkan ,kaunselor perlu mengingatkan klien akan tempoh masa
yang masih ada. Peringatan ini akan memfokuskan isu yang pentinG.
2) Penamatan sesi kaunseling keseluruhan.
Penamatan
proses kaunseling adalah peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan klien
berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri
klien ataupun selepas klien merasa yakin masalah sudah selesai dan dapat
mengendalikan masalah yang dihadapi secara sendirian.
Sebagai
contoh ayat yang telah digunakan bagi
melakukan proses penamatan adalah seperti berikut:
I. Kaunselor: saya rasa ain dah dapat
langkah untuk menyelesaikan pemasalahan ain. Oleh itu sebelum saya tamatkan
sesi saya, sebelum itu saya hendak memberikan ain “homework” dimana ain kena
senaraikan langkah-langakah alternatif lain yang dapat membantu diri ain dalam
menghadapi penyelesaian antara ain dengan ibu ain.
Klien :
baiklah.
Proses
susulan
Susulan
adalah merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan
menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, namun begitu
kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini adalah
merupakan proses penyeliaan yang positif yang boleh menggalakkan kepada
pertumbuhan klien yang klien inginkan. Susulan amat penting kerana dapat
meneguhkan dapatan klien yang berlaku dalam proses kaunseling dan boleh
membantu kaunselor dalam menilai semula pengalaman sesi yang mereka telah
jalani. Melalui susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat menekankan
penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennnya. Susulan
dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka panjang
sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan.
Selain itu
juga, susulan juga boleh dilakukan dalam 4 bentuk. Pertama ialah menjemput
klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan. Kedua adalah melalui telefon,
dimana klien boleh melaporkan kepada kaunselor secara verbal. Ketiga pula ialah
kaunselor menghantar surat kepada klien dan bertanyakan perkembangan yang
terkini dan yang terakhir sekali adalah kaunselor menghantar soal selidik klien
berkenaan dengan tahap kefungsian mereka kini menerusi pos. Oleh itu dapatlah
disimpulkan disini bahawa susulan amat membantu jika klien diselia kemajuannya
melalui penggunaan graf dan carta dan klien bersetuju susulan diakhir sesi,
akan berlaku “self monitoring” yang memberikan klien tentang bukti dan kemajuan
celik akal yang konkrit terhadap keperluannya. Sebagai contoh ayat yang telah digunakan dalam proses susulan ini
adalah seperti berikut.
I. Kaunselor: nampaknya masa sudah tamat ain,adakah ain
selesa jika kita berhenti di sini? Ataupun mungkin ada lagi perkara yang ingin
ain kongsikan lagi bagi mengurangkan bebanan emosi ain.
Klien : ain
rasa cukuplah setakat ini . dengan alternative penyelesaian ini ain yakin ini
dapat diselesaikan .
Kaunselor: Jika begitu saya tamatkan sesi saya ini dan
saya mengucapkan terima kasih kepada ain kerana sudi berjumpa dengan saya untuk
kongsikan masalah ain dengan saya.
Klien :
Sama-sama.
Comments
Post a Comment